LATAR BELAKANG

LATAR BELAKANG

SEJARAH

Kesatuan Eksekutif AIROD (KEA) adalah sebuah kesatuan sekerja yang mewakili sekumpulan pekerja Eksekutif di peringkat Penyelia Gred EI, Penguasa dan Jurutera Gred EII. Ia telah ditubuhkan sebagai sebuah entiti yang sah di bawah Akta Kesatuan Sekerja 1959 dan didaftarkan pada 06hb Oktober 2000 dibawah seksyen 12(1) dan diberi Perakuan Pendaftaran dengan nombor pendaftarannya ialah 871.

Tuntutan pengiktirafan telah diberikan oleh Syarikat melalui surat Syarikat bertarikh 13hb November 2001 yang di tandatangani oleh Tan Sri Ahmad Bin Johan kepada Kesatuan Eksekutif AIROD Sdn Bhd untuk mewakili ahli-ahli berdaftar Kesatuan. Ini adalah bertepatan dengan kehendak Seksyen 9 sub seksyen (3)(a) Akta Perhubungan Perusahaan 1967.

Syarikat mengiktiraf Kesatuan sebagai agensi rundingan eksklusif berhubung kadar gaji, waktu kerja, dan lain-lain terma dan syarat perjawatan bagi semua Eksekutif yang berkhidmat dengan syarikat AIROD Sdn Bhd dan layak untuk keahlian dalam Kesatuan kecuali mereka yang memegang kedudukan bukan rundingan seperti pegawai dalam kapasiti pengurusan, keselamatan dan sulit.

LATAR BELAKANG

VISI

  • “Kekuatan Melalui Kerja Berpasukan”.
LATAR BELAKANG

MISI

  • Memperkukuh serta memperbaharui khidmat yang sedia ada.
  • Menyertai bersama dalam pembangunan serta pertumbuhan ekonomi syarikat.
  • Menggalakkan ahli-ahli membuat pilihan yang berkualiti untuk memperbaiki kehidupan mereka melalui program-program pendidikan, ekonomi dan sosial.
  • Memelihara hak dan kepentingan ahli melalui Perjanjian Kolektif yang lebih baik.
  • Memastikan pertumbuhan ekonomi yang berterusan dapat dinikmati bersama.
  • Mewujudkan keharmonian perusahan yang baik di antara majikan dan pekerja.
LATAR BELAKANG

KEPIMPINAN LALU