KEAHLIAN

KEAHLIAN

SYARAT KEAHLIAN

PERATURAN 3 : Ahli Kesatuan
  • Keanggotaan Kesatuan ini terbuka kepada semua eksekutif yang digaji oleh AIROD SDN BHD kecuali mereka yang memegang jawatan pengurusan sulit atau keselamatan. Eksekutif-eksekutif itu hendaklah berumur lebih daripada 18 tahun dan tempat kerjanya di Semenanjung Malaysia tertakluk kepada syarat bahawa seseorang yang diperuntukkan pendidikan dalam sesuatu sekolah, politeknik, kolej, universiti, kolej universiti atau institusi lain yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang bertulis tidak boleh menjadi ahli kesatuan kecuali jika sekiranya ia:
    • sebenarnya seorang pekerja menurut takrif dalam Akta Kesatuan Sekerja, 1959; dan
    • berumur lebih daripada 18 tahun
  • Permohonan untuk menjadi ahli hendaklah dilakukan dengan mengisi borang yang ditentukan oleh Kesatuan dan menyerahkan kepada Setiausaha. Setiausaha hendaklah mengemukakan permohonan itu kepada Majlis Jawatankuasa Kerja untuk kelulusan. Majlis Jawatankuasa Kerja boleh menolak sebarang permohonan untuk menjadi ahli mengikut budi bicaranya tanpa memberi sebarang alasan.
  • Setelah permohonan seseorang itu diluluskan oleh Majlis Jawatankuasa Kerja dan yuran masuk serta yuran bulanan yang pertama dijelaskan maka namanya hendaklah didaftarkan dalam Daftar Ahli/Yuran sebagai ahli.
  • Seseorang ahli itu hendaklah diberikan senaskah buku Peraturan-peraturan Kesatuan dengan percuma apabila diterima sebagai ahli.
  • Seseorang yang diterima masuk menjadi ahli dan kemudian berhenti daripada tempat kerjanya, tred atau industri seperi dinyatakan dalam peraturan 3(1) akan dengan sendirinya terhenti daripada menjadi ahli kesatuan. Namanya hendaklah dikeluarkan daripada Daftar Ahli/Yuran tertakluk kepada peruntukan berkenaan di bawah Peraturan Tambahan Tabung Wang Kebajikan (jika ada).